? ??????????????Blooming Red? ????? ?? ???Rating: 3.9 (15 Ratings)??12 Grabs Today. 10296 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Country Girl? ????? ?? ???Rating: 3.6 (28 Ratings)??12 Grabs Today. 4574 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 19, 2010

hi guys..



petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan

1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat
akan menyebabkan otak kurang cekap.
5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan
bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan
kurang ajar dengan guru.
12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas
peperiksaan.
21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan
moral sebegini amatlah penting.
22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

NAK TAU RAHSIA??



Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain

note untuk pelajar


TEKNIK BELAJAR BERKESAN


Teknik Belajar 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

1. s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2. t-test your self [uji diri anda]
3. u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar PV3R

1. Preview (tinjauan awal)
2. Question (soal diri)
3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
5. Review (tinjauan akhir)
6. Sumarize (ringkaskan)
7. Test your self (uji diri anda)
8. Use (gunakan)
9. Visualize (bayangkan


Cara Cemerlangkan Otak

1. Positive mental attitude & positive physical action.
2. Air-clean air for the brain.
3. Mental Challenges for the brain.
4. Food for the brain.
5. Exercise for the brain.
6. Sleep for the brain.
7. Meditation & power brain.


Amalan peningkatan daya ingatan

1. Faham.
2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
4. Percaya pada diri sendiri.
5. Ulang berkali-kali.
6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

Saturday, March 6, 2010

Seminar Kepelbagaian Budaya...


semalam, sabtu 06 march 2010,sy tlah join 1 seminar ilmu kt UPM..
byk input berguna tuk bakal kaunselor diperoleh,
sgt bermakna..



salam 1 Malaysia tuk sume..


Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Kebajikan Masyarakat
teruja nk tau ng lebih lanjut perkongsian y disampaikan oleh En. Hafiz Bin Halim, Pegawai Psikologi Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya.
beliau sendiri OKU y telah berjaya dalam hidupnya,tuk tahu ng detail,korang leh email kn pdny d hafiz.halim@jkm.gov.com.my


Jabatan Perkhidmatan Kaunseling di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
ceramah ini disampaikan oleh Puan Linda. kat sini sy nak kongsi pelbagai input tuk korang tuk diaplikasi bila memerlukannya kelak.




antara topik y dibincangkan:
langkah2 pencegahan keganasan terhadap wanita
_kaedah mempertahankan diri_
1. jerit sekuat gati apabila rasa tidak selamat
2. guna kedua belah tangan tuk melawan penyerang
3. elakkan membuka kaki
4. elakkan membuat tendangan y membuta tuli y membuang tenaga
5. meludah ke muka penyerang
6. gunakan apa jua objek di sekeliling tuk mencederakan penyerang
7. jangan mudah menyerah kalah
8. dll

*mengikut seksyen 100 kanun keseksaan seseiapa sahaja mempunyai hak untuk mempertahankan diri sekiranya menghadapi perkara berikut:
- serangan yang difikirkan munasabah mendatangkan kematian
- serangan yang difikirkan munasabah mendatangkan cedera parah
- serangan dengan niat untuk merogol
- serangan dengan niat untuk memuaskan nafsu luar tabii
- serangan dengan niat menculik
- serangan dengan niat untuk mengurung seseorang

Tuesday, March 2, 2010

SULUHKAN SINAR...

hak cipta terpelihara.
istimewa tuk mereka yg lawati blog saya,
dari saya tuk korang sume..
layani,hayati,insafi..
klik jer kt 'play'


see..perkembangan BNK di sekolah



Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan Bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 1979 yang berbunyi:

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”.
Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah dan rendah di sekolah iaitu kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah dan rendah, Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang kaunselor.

Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa masalah dan halangan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang berterusan akan menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan.
Sebagai seorang kaunselor, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatat dalam buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ada mengariskan beberapa prinsip. Anataranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang dan berterusan. Para pelajar mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.
Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya . Disamping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri, boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa, dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada pelajar. Juteru itu, kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh.
Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugas sebagai kaunselor di sekolah ialah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh dimainkan sebagai kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut.

Dari segi populasi warga sekolah contohnya di sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Manakala sekolah menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah campuran satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang kaunselor. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolah menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian sekolah.

Berpandukan Perakuan di atas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Namun masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Dengan wujudnya kaunselor sepenuhnya masa maka perkhidmatan berikut dapat dilaksanakan.

Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia.
Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan mengikut keperluan mereka tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.
Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka secara optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.
Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangkamasa pendek dan panjang.

Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan pihak yang berkenaan patut bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.
Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengan tujuan memelihara kebajikan pelajar.

Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan rangkaian perkhidmatan membantu bersama agensi-agensi luar dan badan sukarela sebagai satu usaha permuafakatan dalam mengwujudkan suasana harmonis dan penyayang

interesting about councelling n guidance



Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah perlu dilaksanakan dengan serius, terancancang , komprehensif dan menyeluruh oleh semua pegawai yang diberi tanggungjawab secara lansung untuk memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dalam aspek kerohanian, jasmani, emosi, intelek, sosial, akhlak dan estetika. Untuk mencapai hasrat ini personalia terlatih dan profesional yang secukupnya mestilah ada. Personalia terlatih dan profesional ini dapat membimbing serta menggerakkan generasi pelajar masa kini ke arah pencapaian matlamat negara


Falsafah Pendidikan Negara:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Hasrat negara untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang secara total memerlukan pemerhatian, pemantauan dan tindakan susulan secara teliti dan langsung kepada individu dan kelompok demi memupuk nilai- nilai yang diharapkan . Aktiviti dan program dalam tindakan susulan adalah dilaksanakan mengikut keperluan untuk membentuk rakyat Malaysia yang dihasratkan. Aktiviti –aktiviti akan dilakukan berterusan sehingga matlamat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tercapai iaitu pelajar sedar akan keperluan dan matlamat diri dan berubah kepada tingkahlaku yang dihasratkan oleh masyarakat dan negara.


Sejarah Perkhidmatan Kaunseling Di Amerika

Sepertimana yang diketahui, pada asasnya perkhidmatan kaunseling berasal dari Amerika Syarikat. Amerika sebagai sebuah tamadun baru dunia banyak menyumbangkan kepada kemajuan perkhidmatan kaunseling. Masyarakat di sana percaya bahawa setiap individu mempunyai nilainya yang tersendiri. Mereka sentiasa memberi sokongan supaya setiap individu mampu berkembang mengikut kemampuannya.

Nama-nama terkenal seperti Jesse B. Davis, William R Harper, Eli Weaver, Frank Parson adalah merupakan individu yang banyak menyumbangkan jasa dalam perkhidmatan ini. Idealogi daripada nama-nama terkenal ini sentiasa subur dan berkembang sehingga hari ini.

Konsep dan teknik kaunseling moden berkembang hasil daripada pengaruh sosial, psikologi dan persekitaran. Interaksi di antara ketiga-tiga faktor ini menyediakan suasana yang subur untuk kemunculan dan perkembangan kaunseling. Antaranya ialah pengaruh daripada gerakan pembaharuan sosial akibat perkembangan yang pesat di abad ke –20 di Amerika Syarikat. Makmal-makmal psikologi dan pendekatan baru dalam psikologi kemanusian digunakan.


Bimbingan Dan Kaunseling Di Malaysia

Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan. Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan keperluan dan kemestian kepada negara.

Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini.
Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor.

Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia.
Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.

Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun 1989. Tujuan –tujuan professional perkama ialah ;
• Memajukan amalan kaunseling secara professional
• Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
• Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
• Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.
• Memperteguhkan identity, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.
Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998.