? ??????????????Blooming Red? ????? ?? ???Rating: 3.9 (15 Ratings)??12 Grabs Today. 10296 Total Grabs. ???
???Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????Country Girl? ????? ?? ???Rating: 3.6 (28 Ratings)??12 Grabs Today. 4574 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 2, 2010

interesting about councelling n guidance



Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah perlu dilaksanakan dengan serius, terancancang , komprehensif dan menyeluruh oleh semua pegawai yang diberi tanggungjawab secara lansung untuk memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dalam aspek kerohanian, jasmani, emosi, intelek, sosial, akhlak dan estetika. Untuk mencapai hasrat ini personalia terlatih dan profesional yang secukupnya mestilah ada. Personalia terlatih dan profesional ini dapat membimbing serta menggerakkan generasi pelajar masa kini ke arah pencapaian matlamat negara


Falsafah Pendidikan Negara:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Hasrat negara untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang secara total memerlukan pemerhatian, pemantauan dan tindakan susulan secara teliti dan langsung kepada individu dan kelompok demi memupuk nilai- nilai yang diharapkan . Aktiviti dan program dalam tindakan susulan adalah dilaksanakan mengikut keperluan untuk membentuk rakyat Malaysia yang dihasratkan. Aktiviti –aktiviti akan dilakukan berterusan sehingga matlamat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling tercapai iaitu pelajar sedar akan keperluan dan matlamat diri dan berubah kepada tingkahlaku yang dihasratkan oleh masyarakat dan negara.


Sejarah Perkhidmatan Kaunseling Di Amerika

Sepertimana yang diketahui, pada asasnya perkhidmatan kaunseling berasal dari Amerika Syarikat. Amerika sebagai sebuah tamadun baru dunia banyak menyumbangkan kepada kemajuan perkhidmatan kaunseling. Masyarakat di sana percaya bahawa setiap individu mempunyai nilainya yang tersendiri. Mereka sentiasa memberi sokongan supaya setiap individu mampu berkembang mengikut kemampuannya.

Nama-nama terkenal seperti Jesse B. Davis, William R Harper, Eli Weaver, Frank Parson adalah merupakan individu yang banyak menyumbangkan jasa dalam perkhidmatan ini. Idealogi daripada nama-nama terkenal ini sentiasa subur dan berkembang sehingga hari ini.

Konsep dan teknik kaunseling moden berkembang hasil daripada pengaruh sosial, psikologi dan persekitaran. Interaksi di antara ketiga-tiga faktor ini menyediakan suasana yang subur untuk kemunculan dan perkembangan kaunseling. Antaranya ialah pengaruh daripada gerakan pembaharuan sosial akibat perkembangan yang pesat di abad ke –20 di Amerika Syarikat. Makmal-makmal psikologi dan pendekatan baru dalam psikologi kemanusian digunakan.


Bimbingan Dan Kaunseling Di Malaysia

Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan. Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan keperluan dan kemestian kepada negara.

Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat penting bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama berganding bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini.
Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan ini di sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar perunding dari Kanada telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran. Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-kursus kepada guru-guru untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor.

Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang pengajian di universiti-universiti di Malaysia.
Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan adanya bananda kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.

Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan pesatnya . Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan wujudnya Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun 1989. Tujuan –tujuan professional perkama ialah ;
• Memajukan amalan kaunseling secara professional
• Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
• Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
• Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.
• Memperteguhkan identity, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.
Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah diluluskan oleh kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998.

0 comments: